Saturday, 7 June 2014

Hari ke 15

Pagi-pagi ibu kjg dah suruh letak kan baby dekat luar seketika untuk kurangkan kuning baby, itu masa di kajang, kalau dekat kuarters memang tak la sebab en.hafidz ada sediakan lampu.Tapi masa di kajang, aku siap-siap susukan afif sebelum letak dia jemur pagi-pagi untuk menyelesakan dia so that after afif jemur boleh letak afif diam-diam dan masa tu mama dia leh mandi. Kat umah ibu kjg dah ade heater siap-siap dalam bilik air, so menyenangkan la org berpantang mcm aku nak mandi sebab dah ada air suam. Selalu jugak aku basuh rambut masa time pantang ni sebab nak elak pening kepala, tak tau la boleh ke tak kalau selalu basuh rambut time berpantang ni.Aku belasah je. Lepas mama afif mandi, giliran baby afif pulak, samada ibu kjg atau en.hafidz yang mandikan. Menjerit afif bila kena air...sobsobsob, tapi air suam la. Bila dah mandi afif akan dilapkan dengan tuala dan mula sesi menuam afif dengan daun sirih dekat pusat dia nak elak pusat terpancur masa besar nanti, daun sirih lepas tu dilipat dan  letak je atas pusat sebelum dipakaikan barut, tapi sebelum letak barut letak dulu minyak kayu putih atas dada dan perut afif. Lepas tu tuam dekat telur afif dengan daun sireh juga dan dilipat dan diletakkan sahaja begitu sebelum pakai pampers. Tapi kena letak bedak antiseptic dahulu sebelum pakai pampers

*tips penjagaan baby oleh orang veteran dilupa jangan*

No comments:

Post a Comment