OKU dikurung?
Tidak layak judge.
Story morrryyyy tiada ketahuan.
"love" mampu mengubah segalanya dengan izinNya juga.
Ada keluarga arwah nen a.k.a arwah mak yang dilahirkan ketidakupaya tapi keluarga itu tidak pinggar dia.
Tiada riak dikurniakan keluarga besar belaka.
Bersyukur.
Betul la orang kata zaman kanak-kanak zaman paling indah.
Dibesarkan penuh dengan adab dan santun.
Tidak menyampuk bila omak-omak bersembang.
Sekadar mendengar.
Gelak mereka, gelak la kami.
Menangis mereka, menangis la kami.
Diam mereka, diam la kami.
Dibesarkan dengan tempat sekadar warisan yang penuh sejarah dengan nilai estetika tersendiri.
Cukup.
Zaman kanak-kanak dan remeja.
Teluk Intan.
Tiba waktu solat.
Beduk berbunyi.
Memecah kedinginan subuh, terutamanya.
Tido dalam kelambu masa zaman kanak-kanak riang.
Wednesday, 2 July 2014
Perihal eden
Saturday, 28 June 2014
Jangan meluat
CL : kenapa tak tidokan baby meniarap?
Aku : Eh, dia selesa gak tido kuak lentang macam tu.
CL : Tak terkejut-kejut ke dia?
Aku : Ada jugak.
Hmm..
Damnnn..
Hulur kasih kepada CL
Hulur kasih kepada yang membesarkan en. hafidz
Hulur kasih kepada yang tolong tengok-tengokkan abah
Hulur kasih kepada yang tolong jengok/temankan arwah wah semasa beliau masih hidup.
Arwah wah adalah kakak kepada arwah nen a.k.a arwah mak
Pernah dijaga olehnya 27 tahun dahulu.
Saling berpaut antara satu sama lain.
Ini adalah kehidupan.
Ada seni dalam "bermain" dengan bayi
Jangan rigid.
Kita semua manusia
Ada jiwa, roh dan soul.
Semua sama.
Sakit dia, sakit kita juga
Selesa dia, selesa kita juga
Seni yang dimaksudkan itu dapat bukan percuma.
Bukan wahyu.
Kena usaha. Sebab dia adalah ilmu.
Fardu kifayah.
Alhamdulilah
Afif Al-Fateh semoga membesar dengan sihat.
Susu untuk bagi afif al-fateh pun adalah mencukupi.
Tiada ralat disitu.
Kena booster sket apabila hampir waktu nak jadi balik orang gomen nanti.
Bersyukur kerana rezeki lebih baik dalam hal ini.
Ada yang lebih susah.
Walau rengek mana pun afif al-fateh tapi afif al-fateh juga
Boleh respon.
Boleh sebut "Aaaa.....", "Nnnggggehh".
Boleh tidur.
Sama ada nyenyak atau tak nyenyak itu lain ceritera.
Lepas mandi bayi selalu segar dan boleh bagi can mereka bersendirian.
* CL : orang penjaga pantang
Thursday, 26 June 2014
Jepung
Bila jaguh asia jepung dah berundur
Kenapa coach dia still amik orang luar?
Bukan ke semangat kekitaan jepung ni kuat....
Moral of the value?
Tetap bergantung harap pada outside of the box...
Hidup selalu saling lengkap melengkapi
Iran pun sama tewas juga kau dengan Bosnia negara yang penah jatuh dulu.
Bila kau jepung hebat dalam diam dalam piala Thomas
Then what?
Ingat ada la trick kau dalam world cup ni.....
Tapi haraammmmm hmmm......
Cuba la kau guna tenaga tempatan kau untuk kau gasak orang-orang kau macam En.Park gasak anak buah dia dalam Thomas cup...
Menjadi jugak.....
En.park penah in play dengan Chong wei
Memang tidak menghairankan sangat la Tako menang...
Bila coach asing lenyek pemain tempatan dan bila suatu masa kontrak dia dah tamat.
Tahap kecekapan anak didik dia?
Mesti ex-coach tu tau kan?
Kat situ macam ada sedikit "ketidak acian" bila hired orang luar jadi coach.
Macam mana la kau nak hadap coach kau yang telah didik kau lepas tu kau jumpa dia balik dalam mana-mana game yang melibatkan negara kau dan negara ex-coach kau.
Professional?
Itu sahaja yang dapat menyelamatkan.
Bila sedikit sahaja negara dari benua Eropah layak ke peringkat seterusnya.
Pecah ketradisian.
Bila Amerika Tengah dan Amerika Selatan pula muncul sebagai pemecah ketradisian Eropah...
Hmmm....
Saturday, 21 June 2014
Terangkat
Afif dah pandai demand
Kena tau dan belajo pael baby ni
Kadang-kadang baby nangis bukan sebab nak nyusu je mungkin perot kembong, pampers basah, bosan asyik baring je
*comey*
Sebenarnya tengah nak carik satu resepi cookies ni dia bolat leper kecik dan kala hitam asap dan bahan yang menyedapkan dia adalah kulit kayu manis. Inaku79.blogspot panggil cookies ni as biskut chocolate oats chip. Tibai je la asal ada kayu manis dalam resepi tu.
Kenapa kayu manis?
Sebab ibu kajang ada buat biskut tu.
Aku : Ibu, apa nama biskut nih? ......(#throwback raya 2013)
Ibu kajang : Oo..biskut ni ibu buat tiap-tiap tahun. Ko carik kat internet tu nama dia biskut kayu manis..
Biskut kayu manis?
Patutla aku tak rasa coklat sket pun dalam biskut tu walaupun kala dia hitam asap. Mungkin perisa kayu manis itu menenggelamkan rasa manis coklat biskut tu. Dalam manis-manis biskut tu ada rasa pahit-pahit sket. Tu yang membuatkan aku dan en.hafidz "terangkat" tu. Aku lagi la "terangkat" sedangkan en.hafidz sejak kecil lagi dah "terangkat" dengan biskut tu.
Bahan-bahan :
-tepung jagung
-tepung gandum
-serbuk koko
-mentega
-esen vanilla
-gula
-serbuk penaik
-gula perang
-quaker oat
-serbuk kayu manis
Semua dah ada tinggal nak membako je, aku suka beli borong banyak-banyak sebab nanti senang tiba-tiba tekak kau nak merasa muffin coklat ke takde la membazir masa pergi kedai, memang tak la aku nak pergi kedai beli benda-benda renyah satu dua macam ni, ni dah 2 bulan aku coti ni memang bermalasan la aku, tapi bab makan memakan ni tonyoh je aku takde hal punya
Mau aku jadi chef kain batik kang
Peduli apa aku, memang aku suka sangat bersilat masa pantang ni
Bentan?
Kalau kau jaga bahagian *tuut* kau elok-elok dan jangan kasi itu angin masuk badan apa kehelnya nak bentan?
Janji kau jaga la makan kau
Tak jaga makan badan kau seram sejuk
Air susu kau seram sejuk jugak
Baby kau jugak taknak nenen kat kau
Wednesday, 18 June 2014
Vangang
Aku beli satu untuk aku saiz L
Manakala en.hafidz saiz XL
Tapi saiz baju aku mcam kecik je macam saiz M dah aku tengok
Wat pe nak beli ketat-ketat macam sarung balut cempedak je
Rasa macam tak kemas kalau amik saiz yang fit
Lepas tu yang en.hafidz punya saiz XL macam dah size L la pulak aku tengok
Kenapa tak ukur dulu bahu guna talitape dan compare ngan spec baju tu?
Dah nama pun azwa memang tak la kalau nak wat keja remeh temeh ni
Main gamble je
Sekarang batang hidung kena tanggung sendiri
Kalau shopping online kau kena tanggung risiko la terutama benda2 yang melibatkan size, timbang....
Yang baiknya adalah kita akan jadi tuan kepada barang yang kita beli
Tengok-tengok barang dah ada orang hantarkan depan pintu rumah
Baju raya aku dah order online pakai "wanieyz alishz" dan dah dapat dah seminggu lepas pantang aritu
Baju raya en.hafidz dan afif mencari kala yang seiras-iras kala hijau kekuning-kuningan dengan kala biru pale.
Tuesday, 10 June 2014
Suka-suka
Tengahari tadi sampai batu gajah.
Ada kawan opah ipoh
Makan tengahari
Menyusu baby
Tidur jap
Pastu minum petang, opah ipoh buat kuih keria.
Perasan macam ada azmeer kat depan
Sambung berblogging lagi selepas tido
Tak perasan dah maghrib
Afif Al-Fateh masih belom tido walau dah nyusu
Dia tak selesa, afif al-fateh yak lagi...
Opah ipoh panggil makan
Aku dan en.hafidz pergi makan
Cikya/opah dan mak sue ain tolong tengok2 kan afif al-fateh sambil sempat lagi tukar baju afif al-fateh
Aku dan en.hafidz duduk tengok tv bersama opah ipoh dan mak sue ain
Opah Ipoh : afif ni kuat la, usik sikit dia kemain tepis
Afif Al-Fateh yang dah wangi itu aku susukan
Minta stokin lebih dekat opah ipoh
En.hafidz kendong afif al-fateh yang sudah abis menyusu
Opah ipoh : ada bawak tak benda nak letak di perut, badan, dahi, bengkung ke?
Aku : ada (sambil en.hafidz tolong aku carikan dalam beg)
Opah ipoh / mak sue ain : Ade daun-daun yang dikutip untuk mandi esok
Aku ada bawa lulur, pilis dan bengkung untuk dipakai esok
Masa opah ipoh pantang dulu, opah ipoh ada orang urut jugak, tapi opah ipoh dulu masa pantang jenis pael yang senang sakit kepala tapi opah ipoh tak dapat nak ikat rambut sebab rambut opah ipoh masa tu pendek sangat, minta orang picit kepala
Atuk ipoh bagi air yang dibaca surah yassin oleh orang surau kepada en.hafidz
Jiran-jiran siputeh mahu melawat mama afif al-fateh berpantang
Cik ani ade datang petang tadi
*adab-adab, nilai murni dan soft skills dilupa jangan*

