Wednesday, 21 December 2016

Berita Dari Rantau - Alleycats

Angin pantai
Dingin mencengkam
Ombak laut
Mengajak pulang

Di sini ku rindu
Kampung halaman
Yang lama kutinggalkan

Betapa indahnya negeri orang
Tak seindah tanah tumpah darahku
Wajah sanak saudara yang tercinta
Bermain di mataku di kala sepi

Sawah ladang dan pohon nyior
dDengarkanlah jeritan hati
Kuingin nyatakan...
Aku sering merindu belaianmu
Aku sering merindui kasihmu

Sunday, 17 April 2016

Tuesday, 12 April 2016

Nostalgic betul 2

BARU JE MASUK sebulan semester baru ni, dah banyak berita yang aku terima. Jiha dah bertunang waktu cuti semester itu hari. Sofia pulak, habis aje final exam nanti dia akan nikah. Mungkin minggu yang sama dengan Paan. Dan, yang paling mengejut, Imah yang kecoh itu pun akan kahwin waktu cuti mid sem nanti! Cuti mid sem kot! Tak sampai berapa minggu pun lagi!. Dan rata-rata budak kelas aku semua dah ada pasangan masing-masing. Iyelah, umur dah masuk 23 dan 24 tahun. Ada jugak yang dah 25 tahun. Memang kalau nak dikira, umur macam ni dah sesuai sangat untuk bina keluarga sendiri. Sofia di sebelah pula asyik bercerita tentang pertemuan dia dengan Hadiy. Kawan satu sekolah yang bertemu kembali baru-baru ni. Aku hanya mampu senyum aje dengar kesungguhan Hadiy untuk ikat tali pertunangan, tak bagi mereka berpisah lagi sekali. Perjalanan ke makmal terasa sungguh jauh walaupun hanya beberapa meter dari fakulti aku. Memang pun sejak dua menjak ini cerita pasal jodoh, kahwin dan sewaktu dengannya menjadi topik hangat bagi budak kelas aku. Meja belakang, meja depan. Bahkan, Dr Diana yang pemarah itu pun akan kahwin minggu depan. Kahwin, bina keluarga sendiri. “Kau masuk dulu, aku nak pergi toilet.” Sofia meninggalkan aku sendirian sebaik sahaja kami tiba di depan pintu makmal. Aku tarik nafas panjang-panjang. Dalam kepala aku penuh dengan pelbagai ayat yang aku akan karang. HIM selalu cakap yang kalau aku suka dia, bagitahu dia. tapi masalah sekarang, macam mana aku nak bagitahu? Tri, aku dah suka kau? I love you and i want let you know? Ah, kusut! Perlahan-lahan aku menolak daun pintu dan... “Anak rusa Nani, baru kembang ekor...” ... dan wajah HIM yang tersenyum lebar terus menyapa mata. Aku cipta senyum bila mendengar HIM menyanyi-nyanyi kecil sebaik sahaja dia nampak aku masuk ke dalam makmal. Apa lagi yang aku nak, kan? Dah ada orang suka aku, kenapa aku tak sudi? Dan HIM tu tak adalah menyakitkan hati sangat sebenarnya. “Miss me damn much?” Kening diangkat beberapa kali. “Perasan!” Spontan aku menjawab. “Dah tu, kenapa lebar sangat sengih tu bila nampak aku?” Aku ketawa perlahan. Tak tahu nak jawab apa. Langkah dibawa ke meja kosong bertentangan dengan dia. Buku-buku yang aku pegang tadi terus diletakkan di atas meja. “HIM,”panggil aku sepatah. Perut dah mula bergelodak dengan pelbagai perasaan. Nak cakap ke... tak? Nak cakap sekarang ke... nak simpan esok-esok? “Apa?” Lambat-lambat aku pandang muka dia yang penuh dengan tanda soal. “Awak cakap, nanti bagitahu awak kan?” “Bagitahu apa?” Aku diam. Rasa menyesal pulak bila keluarkan topik ni. Lama aku pandang muka dia yang penuh dengan soalan tu. “Er... if I love you?” Aku gigit bibir. Malu oi! Segala jenis journal di atas meja tadi ditolak tepi. “So...” Aku nampak dia senyum segaris. “Jangan ajak saya couple, ajak saya kahwin.” Aku berterus terang. “Okay.” “Okay?” “Yup. Okay. Lepas awak habis semester ni, kita kahwin.” Hah? Macam tu je? Senangnya nak ajak anak orang kahwin? Tapi aku ni pun, senangnya suruh dia ajak kahwin terus. Takkan tak ada nak kenal-kenal dulu ke, kawan-kawan dulu ke. Tapi, dia jugak yang kata yang dia dah cukup hafal perangai aku. Kan? “Tapi saya nak bagitahu awak satu benda.” “Apa dia?” “I’m such a jerk! Really am. Jadi jangan menyesal kalau saya ni tak seperti yang awak fikirkan. ” Dia ketawa lepas. “Kenapa? Awak bertukar jadi pontianak ke bila tiba waktu malam? Atau... jadi angsa putih yang jahit baju pakai bulu pelepah tu?” “You and your imagination!” Aku buat muka stress. Sekali lagi dia ketawa. “The turth is, saya tak reti berdikari. Saya suka susahkan orang. Saya nampak je yakin, tapi kenyataannya, I’m bad at everything I do.” “I know.” Dia sengih segaris. “But it’s okay, I love you anyway.” Rama-rama datang lagi! Darah merah terus menyerbu ke muka. Terharu, malu, gembira semua dah bercampur baur. You love me, I pun love you jugak! Sengihan aku makin lebar. HIM pun sama. Masing-masing dah mula bayangkan apa yang akan jadi seterusnya. Sofia yang tiba-tiba masuk angkat kening seinci bila nampak aku dan HIM berbalas senyuman. “Did I miss anything important?” Serentak, aku dan HIM berpaling ke arah Sofia. Masih dengan senyuman. Bagai mengerti apa yang dah jadi, wajah Sofia meleret dengan senyuman. “I knew it!” Dia hampir melompat. “Congratulations both of you. Oh my, aku happy gila ni!” “Jangan over ye, makcik.” Aku sengih. “Ah, suka hati lah.” Dia cebik ke arah aku. “Abang, make it fast, ya? Kami nak habis belajar dah ni...” Dia angkat kening pada HIM. “I will.” Tri kenyit mata. Aku cubit tangan sendiri. Senyap senyap. Pastikan yang semua ni bukan mimpi. Rasa sakit masih ada. Jadi, aku bukan tengah tidur di siang hari. Aku akan nikah dengan HIM and I’m excited!

Monday, 11 April 2016

Nostalgic betul

Lupa pulak nak cerita masa kitorang ada exhibition Ellfie kat Kota Kinabalu haritu.. Hari pertama sampai tu kitorang gerak from KL dalam kul 4.00 pagi.. Pak Radie drive macam pelesit ke apa aku tak pasti.. Kul 7.00 pagi kot dah sampai.. siap rehat jap subuh kat RnR.. Aku rasa boleh tahan lajumai je pagi muka memasing sememeh gila.. so mari touch up sikit dalam kereta sebelum Pak Radie park tepi jalan betul-betul kat building kitorang punya exhibition tu. Sedap walaupun makan di tepi jalan je.. Tengah menikmati breakfast tetiba bunyi bedentum.. Aku tekejut, semua pun terkejut.. Lori langgar kereta yang parking tepi jalan.. Kereta aku kot!!!!! OMG.. Pak Radie terus melompat capai kunci kereta lari masuk kereta, Ben pun melompat masuk kereta.. Tinggal aku dengan Peej terkebil-kebil.. Makcik kedai ni pun leh tahan gangsternya.. Dia jerit "Kejarrr dik kejarrrr!" Aku bangun kutip casing side mirror.. Kongajo tul orang bawak lori tu.. Bawak lori tu India muda, didapati mabuk dan tiada lesen. Pak Radie dapat rupanya kejar.. Dasyat sangat ni, aku tau perangai dia tu, kalau sampai lubang cacing pun dia akan carik.. Eii seram.. Gila kot sampai kul 2.00 petang kes tak habis.. Aku dengan Peej dah lunyai dan keletihan.. Masuk tempat exhibition, organizer pon tak set up lagi.. what???? apa pun tak ada.. ada bingkai tapak je.. lain semua belum buat.. Ciss kitorang ingat nak settle awal leh balik rehat cepat.. Akhirnya Pak Radie and Ben sampai.. terus Pak Radie settlekan booth..Sian dia kepenatan.. Eh tapi kitorang pon penat ye.. Dah settle terus cari makan. Tak ingat kat mana.. Singgah Selalu ke? Paling win yang ni.. Pisang goreng cicah cili kicap hanya di KK hahahaha.. Malam tu kitorang ke Labuan.. Aku kemain belagak sebab dulu biasa pegi Labuan ni masa zaman-zaman study.. dari KK sampai ke Labuan.. dasyat sangat perangai.. Tapi puas cari kat area kastam tu rasanya.. dah takde yeh? tempat happening boleh makan macam-macam tu? segala pesemboq, otak-otak, mee rebus.. dia bukan van, tapi memang stall-stall banyak tu.. mana ntah dah takde.. Berbulu je diorang dengan Kak Pilla hahahaha Last-last makan Mee Rebus ni kat restoran apa ntah nama dia.. macam kedai mamak tapi sedap!! licin kitorang bedal ;) Kedai makcik garang ni lah jadi tempat kitorang breakfast and lunch sepanjang exhibition. Kedai makcik garang ni lah jadi tempat kitorang breakfast and lunch sepanjang exhibition. not bad rasa dia.. pastu murah pulak tu. Malam ktorang berempat makan kat Restoran Bawah Tangga, area Labuan jugak.. Elly and Win sampai esok pagi waktu subuh camtu.. sebab Elly handle wedding saudara rapat dia.. tak leh nak elak dah.. It's ok kitorang berempat boleh handle.. tapi boring lah Elly and Win takde masa tu.. Eh sedap gilerssssss... Huwaaaaa nak makan lagi kat sini please.. Eksyen kitorang post gambar kat Elly.. Pastu kelam kabut dia cakap dia tak kira.. dia sampai nanti dinner paksa kitorang makan ni lagi sebab dia nak.. Kalau namanya Elly dah sampai, dia memang serba tau pasal makan.. Dia ajak makan kat Hua Mui dia cakap restoran lama.. halal jangan risau. Ok mee hailam ni sedap slurppp.. Tapi makcik garang kedai tepi jalan ni lagi sedap hahahaha Ok mee hailam ni sedap slurppp.. Sebelum balik singgah makan Mee Rebus dan Sup Tulang kat sini.. sorry lupa nama tempat ni hahaha Bergetar perot huwaaa lapar.. banyak gila kot aku makan ni.. siap sedut ketuk-ketuk semua lemak dalam tulang tu.. Ok ni pun sedap.. Eh dasyat betullah team Ellfie ni satu je aku risau.. Asal ada exhibition kat negeri-negeri lain, terus semua menggila listkan restoran dan makanan apa the best.. Nasib exhibition kat Penang cancel.. kalau tak lagi pitam. Ok 9-10hb April (10pagi - 10malam) sila turun ramai-ramai ke MAEPS, Serdang ok? Boleh dapatkan Set Ellfie dengan harga murah.. dan lagi satu berita baik.. masa Exhibition di MAEPS tu nanti, kitorang akan jual Fame Matte Lip Cream!!!! Harga exhibition menanti anda.. siap ada tester 5 warna.. dengan meja solek bagai kitorang bawak khas untuk you all.. Datang jangan tak datang ;)

Thursday, 7 April 2016

Happening ke idok

Hari Raya

Raya Puasa haritu balik Siputeh.. Sampai awal jugak dalam pukul 2.00 petang kot? Tengok semua dah siap.. Haihhh lah.. ingat nak tolong lah kacau rendang ke apa... Wan tu memang teratur tapi lepas tu tebaring penat hahahah.. Awal sangat dah siap habis aku nak tolong apa? Tolong makan je lahhh hehehe..

Masa sampai tu Wan suruh tolong rasa Sup Ekor.. slurppp dapnyeee... and tolong rasa rendang sekali.. Sebab Wan kengkadang tawar sikit.. lagipon Wan puasa..So memang sedap lerrrr aku rasa... petang tu makan sup ekor cuaca plak sejuk-sejuk gitu.. Aku cuma tolong buat cili kicap pedas je.. hehehe.. Aleesya paling suka ekor tu.. bersuap-suap makan ;)
Amaani pon selera makan.. Petang tu Atok teringin nak berbuka puasa makan hati lembu masak kicap.. Aku takut nak masak, kang tak sedap camne kan.. Dah lah siap request letak santan sikit lah apa lah.. Eiii takut.. Tapi aku buat jugaklah.. tumis bawang putih ngan bawang merah.. hiris halia muda tu halus-halus tumis sekali.. sebelum tu perap dulu hati tu dengan black pepper sikit dan garam kunyit sikit.. dah tumis tu masukkan kicap manis dan masin.. kalau nak guna kicap masin make sure jangan banyak sebab tadi dah masuk garam.. pastu masuk santan dalam suku cawan.. biar mendidih.. boleh masuk air sikit kalau pekat sangat.. pastu masukkan je hati tu gaul sampai betul-betul masak.. campak cili besar merah dan hijau yang dah dibelah-belah.. masukkan jugak hirisan bawang besar.. nak lagi pedas boleh masuk cili padi :) ni hati ni ada campur daging batang pinang jugak... sekian terima kasih.

Pagi tu sempat pusing-pusing amik gambar bunga-bunga kat laman.. Suka sangat bila sejuk-sejuk yang still ada embun kat bunga tu..
Ada orkid yang Wan beli kat Ikea haritu.. Elok subur je dia.. Wan gantung kat dahan pokok kemboja.. kat luar rumah pon Atok bela jugak pokok-pokok nie..
Ingat Jenggo lagi tak? Hahah dia dah gemokkkkk sangat.. badan dia bulat.. penuh kot dua tapak tangan.. tapi Kak Pilla takut ngan dia nie.. sebab menggigit gak.. kalau ngan Atok n Wan dia gigit-gigit manja kadang dia punya manja tersasar jugak tergigit kuat.. Eii takut..
Dia banyak tempat lepak.. Ada bakul yang camni.. belah sana ada rumah gantung tu tapi Wan kata dia dah kurang masuk situ sebab badan dia dah gemuk.. nak masuk macam sempit rumah tu.. hahah sapa suruh gemok? Tengok tu gaya dia.. rasa nak lempang je ko ni Jenggo.. Anjer angat tu kepala lentok-lentok.. Jangan memain ye.. Wan bagi dia butterscotch cicah susu.. siap ada vitamin khas bawak gi vet lagi.. Pagi raya.. Tengok makanan Pak Long.. dia haritu dah sado pastu berhenti gym.. perot naik balik.. Ni dah start balik.. poyo sangat pagi raya tak sentuh rendang, lontong semua.. nyampah ai... Kalau haku, macam tu punya sedap lauk raya mana boleh pandang je? Tapi Kak Pilla sekarang mengamalkan berhenti makan sebelum kenyang.. Nasi impit pon amik 4 ketul je dah.. takde lah macam dulu main sumbat sampai kenyang terlantar macam dugong.. hahahahah.. malam pon Kak Pilla kadang ratah-ratah lauk je.. dan dinner awal..

Aleesya kenyang terus tebongkang hahahahaha
Kasih mengadap kerepek pisang Aunty Ain (kawan arwah Shafiq) bagi kat Wan.. sedap sangat dia kata... habis sebalang tu Ain.. Thank you Ain.. Tengok muka Amaani.. dia kalau gaduh ngan Kakak macam ni lah punca dia.. Kakak suka gelak-gelak menyakat dia kalau dia tengah bercakap..
Amaani kalau bercerita dah macam masuk pertandingan bercerita.. Siapa tengok keek thekasihs memang taulah gaya Amaani kalau bercakap ;)
Leecha gak best.. layan perasaan hisap jari hahaha
Edit: Lupa nak cakap, Kak Pilla pakai #thekasihsshawl chiffon shawl warna purple rain.. siapa nak sila email framekasih@yahoo.com.. purple tak banyak yee.... harga RM35 sajerr.. Lai lai laiiii... dah habis tak nak restock dah.. nak restock warna lain pulak, atau jenis lain..

Orang ingat Kasih pakai tudung labuh.. Amboi muslimah sangat anak aku heheheh.. shawl tu terkedepan sebenarnya..

Pagi tu Pak Radie ngan Atok Braim bawak Amaani gi tengok orang sembelih lembu.. Pastu Atok tinggal.. Lama sikit Pak Radie gi amik atok.. dapat daging.. Lepak jap.. kul 2.00 macam tu gerak ke Shah Alam pulak.. Beraya ke sana pulak dapat tengok baby Zikry...

Raya korang happening tak?

Saturday, 19 March 2016

Dimana ada Kemahuan,......

aku ini tahun lembu.
patut bagi manfaat kepada orang sekeliling.
sg.sekamat dan siputeh.
memang la kena banyak division.
work kena agih-agihkan tugas.
work smart.
work hard.
i-core.
Aku ada beli domain.
Domain name.
Pelan tindakan wawasan 2020.
Rattus baru berkahwin.
15/03/2016.
3 minggu untuk bunting.
Baby rattus sprague dawley.

Tuesday, 15 March 2016

Zaman Ria Kanak-Kanak